top of page
Search
  • Writer's picturestandupmy

Questions to KPWKM


Photo source: Rawpixel Ltd.

Dewan Rakyat akan hanya bersidang pada satu hari sahaja iaitu pada 18 Mei 2020 Ramai rakyat Malaysia mengkritik keputusan ini sejak pengumuman dibuat. Oleh hal yang demikian, StandUp Malaysia ingin mengajukan soalan-soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengenai isu lazim sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami menggunakan ruang ini untuk bertanya soalan kerana terdapat kebarangkalian sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai masa yang cukup untuk membahas semua isu yang berkaitan dalam satu hari sahaja. Kami berharap Kementerian akan memandang serius terhadap soalan-soalan tersebut dan mengambil langkah proaktif bagi menjamin kesejahteraan semua rakyat Malaysia.


[English translation]

The Malaysian Parliament has decided that it will be sitting only for a day, on the 18th May 2020. Since then, many parties have criticized the decision. This is why, StandUp Malaysia wants to direct these questions below to the Ministry of Women, Family and Community Development about prevalent issues that rose to attention since the start of the Movement Control Order. We use our platforms to raise these questions because there could be a possibility that the Dewan Rakyat may not have the sufficient time to discuss all issues at hand, in a day. Therefore, we hope the Ministry will acknowledge these questions seriously and take on a more proactive role to ensure the wellbeing of all Malaysians. 1. Rakyat meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan peratusan golongan wanita yang menganggur dan hilang sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP. Serta, apakah pelan tindakan khas yang dirangka pihak Kerajaan untuk membantu golongan ini dalam usaha menangani kesan negatif sosioekonomi pasca PKP pandemik COVID19.


2. Rakyat meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat menyatakan statistik laporan keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak mengikut negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. Berdasarkan Statistik Aduan Melalui Talian Kasih, terdapat 508 panggilan berkaitan jenayah keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak sepanjang tempoh PKP iaitu daripada 18hb April sehingga 5hb Mei 2020. Rakyat meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan Kementerian dalam menangani jenayah keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak sepanjang tempoh PKP. 4. Meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghuraikan tindakan Kementerian untuk menjamin kesihatan mental bagi wanita yang bekerja sebagai frontliner serta menanggung tugas berat sebagai ibu dan/atau isteri akibat narratif stereotaip bagi peranan gender.


5. Meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan rasional keputusan penutupan Klinik Subfertiliti oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta menyatakan, jika ada pelaksanaan tindakan alternatif (selain daripada servis konsultasi secara online) untuk menyediakan pengunaan kaedah perancang keluarga kepada golongan B40 yang mungkin tidak mampu membeli kontraseptif daripada farmasi swasta.

22 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page